Salam Jumaat semua! Macam biasa setiap kali tibanya penghulu segala hari, abang-abang sado dan kacak akan ke masjid untuk menunaikan Solat Jumaat (bagi yang tak pergi tu hmm.. sendiri mau ingat la).
Selain daripada menunaikan Solat Jumaat, PD yakin yang kebanyakan daripada kita tahu mengenai sunnah yang perlu dipraktikkan pada hari Jumaat seperti memotong kuku, mandi sunat Jumaat, membaca surah Al-Kahfi dan sebagainya.
Namun, dalam kita tidak sedar, sebenarnya banyak lagi sunnah yang semakin kita lupakan atau tidak kita ketahui kerana sangat jarang dilakukan hari ini.
Antara 5 sunnah Jumaat yang semakin dilupakan adalah:
1) Bersugi
PD rasa ramai yang tahu apa itu bersugi, tapi berapa ramai antara kita yang buat? Sunnah bersugi ini semakin hilang dek arus kemodenan kita hari ini.
2) Bersegera ke Masjid
Ini satu lagi sunnah yang semakin jarang kita lakukan. Selalunya bila Solat Jumaat, orang dah start solat baru kita sampai. Mungkin sebab kekangan kerja, namun tiada panggilan sepenting seruan illahi kan? (PD teringat signboard kat masjid).
Tapi kira okaylah, pergi juga. Pada yang langsung tak pergi Solat Jumaat, PD harap tahun ini adalah tahun perubahan kita kea rah yang lebih baik.
3) Membaca Surah Al-Kahfi
Ok, yang ni PD pun kadang-kadang tak sempat juga. Tapi, selagi termampu tu kita cuba la buat.
4) Solat Sunat Mutlak
Pada yang tidak tahu mengenai Solat sunat ini bolehlah search atau merujuk kepada para ulama’ yang muktabar. Sekurang-kurangnya kita boleh tambah ilmu kan?
5) Memendekkan Khutbah dan Memanjangkan Solat.
Soal ini terletak di tangan jawatankuasa masjid termasuk, Khatib, Imam dan sebagainya. Berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh ‘Ammar radhiallahu’anh,“Sesungguhnya lamanya berdiri solat seorang lelaki dan pendeknya khutbah yang dibacanya adalah petanda kemahiran ilmu fiqhnya (mendalam pengetahuan agamanya). Maka hendaklah kamu memanjang solat dan memendekkan bacaan khutbah!” [ Riwayat Muslim]
0 Response to "5 Sunnah Hari Jumaat Yang Semakin Dilupakan"
Post a Comment