Kebimbangan TGNA Selepas Pemergiannya



Dunia masyarakat melayu kita tidak pernah terlepas dengan pelbagai cerita keajaiban atau tahyul yang menjadi buah mulut orang ramai.

Sekiranya ia benar-benar berlaku, okaylah. Kita sebagai umat Islam boleh ambil pengajaran dan menghayati kebesaran kuasa Allah S.W.T.

Tetapi, apabila ia direka tambahan pula dengan zaman teknologi serba canggih ini, ia akan memberi satu impak buruk kepada ummah dan lebih buruk lagi kepada akidah seseorang muslim itu sendiri.

Pemergian Tok Guru Nik Aziz baru-baru ini juga tidak terlepas daripada 'dogeng Israiliyat' bani melayu.



Pelbagai gambar di post di media sosial yang mendakwa keajaiban itu dan ini berlaku sejak TGNA terlantar sehinggalah saat beliau dikebumikan.

Bertambah buruk lagi apabila ramai dikalangan kita yang tanpa usul periksa terus percaya bulat-bulat dan menyebarkannya.



Bukankah Allah telah berfirman dalam Surah Hujurat ayat 6 yang bermaksud:
"Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan." 

Inilah yang menjadi kebimbangan Allayarham TGNA perkara yang akan berlaku selepas ketiadaannya.

Fikir-fikirkanlah...

P/s: Daripada kita cakap atau sebar sesuatu yang kita sendiri tak tahu, lagi baik duduk diam-diam.

0 Response to "Kebimbangan TGNA Selepas Pemergiannya"

Post a Comment