[AGAMA] Hukum Suami Guna Duit Isteri


Hukumnya HALAL, jika isteri mengHALALkan. Tetapi wang perbelanjaan harian adalah WAJIB untuk diberikan kepada isteri oleh suami. Kerana tanggungjawab belanja nafkah harian adalah atas suami. Melainkan isteri yang kata, “sebab Abang tak ada duit, biar saya yang bayar”. Ini baru boleh!

Sebagai suami tidak boleh menyuruh isteri bayar itu bayar ini. Ingat, hukumnya HARAM kerana setiap sen untuk belanja nafkah adalah tanggungjawaab suami kecuali isteri yang halalkan baru boleh.


Soalan macam mana dengan duit isteri yang suami guna selama ini? Jawabnya, duit isteri yang telah suami guna untuk buat belanja, akan menjadi beban HUTANG yang suami WAJIB bayar balik pada isteri, kecuali isteri halalkan.

0 Response to "[AGAMA] Hukum Suami Guna Duit Isteri"

Post a Comment