Dunia Islam hari ini dikejutkan lagi dengan berita pembunuhan tiga remaja muslim yang ditembak mati di kediaman mereka di Chapel Hill, North Carolina.
Berdasarkan info yang PD search, mangsa dikenali sebagai Deah Shaddy Barakat, 23, Isterinya Yusor Mohammad Abu-Salha, 21 dan adik perempuannya , Razan Mohammad Abu-Salha, 19.
Polis mengenalpasti suspek pembunuhan sebagai Craig Stephen Hicks, 46 dan sudah berjaya menahannya.
Tambah memilukan, pasangan Deah dan Yusor dikatakan baru sahaja melangsungkan perkahwinan 27 Disember lepas. Sadis kan?
Punca sebenar kejadian masih belum dikenalpasti tetapi ada maklumat yang mengatakan ia disebabkan pertelagahan merebut parking kereta.
Memang WTF! betul si Craig ni
Tapi yang peliknya, isu ni seperti cuba disenyapkan oleh ‘tangan-tangan ghaib’.
Kita semua tahu kalau tindakan ini dilakukan oleh seorang Muslim, maka akan meletuplah media seluruh dunia bercerita mengenai tindakan orang Islam yang dilabel pengganas, betul tak? Itu adalah hakikat yang tidak boleh dinafikan.
Laporan tidak adil! Man vs Terrorist. Muslim sahajakah yang berhak digelar pengganas?
Persoalan juga boleh dilontarkan terhadap media di Malaysia. Laporan berkenaan Charlie Hebdo lebih lunak dikumandangkan dari saudara Islam yang diperlakukan begini.
PD bukan sengaja bangkitkan isu ni, tapi apa yang kita lihat melalui kejadian yang berlaku, coverage media tu seolah-olah berat sebelah.
Ada jugak tweet yang menyindir mengenai perkara ni. Padu!!
Anyway, seluruh dunia Muslim kini bersedih dengan berita kejadian ini dan kita semua berharap agar ‘pengganas’ yang bertanggungjawab mendapat balasan setimpal.
Foto mangsa:
Video keterangan keluarga mangsa....
Sekitar upacara memperingati yang dijalankan komuniti di Carolina...
0 Response to "3 Sekeluarga Muslim Ditembak Mati di US! DUNIA TUTUP MATA! (Foto & Video)"
Post a Comment