[INFO] Tips Perkahwinan Bajet


Mendirikan rumah tangga adalah impian setiap insan. Namun, pelbagai faktor menjadi penghalang dalam merealisasikan sesuatu majlis perkahwinan. Antaranya adalah bajet, kami di PD ingin berkongsi dengan anda tips untuk merancang perkahwinan anda dengan bajet yang terhad.

1.      Tetapkan jumlah tetamu yang bakal hadir pada majlis anda. Apabila sudah tetapkan jumlah tetamu, anda dapat mengira bajet untuk makanan, kad kahwin dan sebagainya.

2.      Adakan  majlis secara bergotong-royong (rewang). Ini bukan sahaja dapat menjimatkan kos malah dapat mengeratkan hubungan silaturahim sesama jiran tetangga.

3.      Buat tempahan ketika promosi atau pameran perkahwinan. Sekiranya tarikh sudah ditetapkan, tempahan yang dibuat lebih awal akan mendapat diskaun. Sekaligus anda boleh survey khidmat katering, pelamin, pakaian ataupun dan cenderamata yang  berbaloi dan bagus.
4.      Majlis akad nikah dan persandingan diadakan pada satu hari. Ini dapat menjimatkan kos kerana akad nikah dilakukan pada waktu pagi dan persandingan dan kenduri pada waktu tengahari.

5.      Jangan tempah kad kahwin yang terlalu mahal. Gabungkan majlis persandingan pihak lelaki dan perempun dalam satu kad sahaja. Ataupun sebagai alternatif anda boleh menjemput tetamu melalui Facebook sahaja.

0 Response to "[INFO] Tips Perkahwinan Bajet"

Post a Comment