Bahang Liga Super Malaysia 2015 semakin hangat selepas ia membuka tirai minggu lalu dan menyaksikan beberapa pasukan melakar kemenangan dan tidak kurang juga yang kecundang.
Namun masih terlalu awal untuk mencongak pasukan mana yang bakal mendominasi sekaligus merangkul Gelaran Liga Super pada tahun ini.
Hari ini, saingan diteruskan lagi dan PD memilih perlawanan membabitkan Pahang dan Selangor yang PD anggap sebagai Match Of The Week kerana membabitkan dua nama besar dalam arena bola sepak negara.
Di atas kertas kedua-dua pasukan nampak seimbang namun Pahang dilihat mempunyai kelebihan kerana beraksi di stadium keramat mereka, Stadium Darul Makmur.
Bagaimanapun tempoh 90 minit perlawanan bakal menentukan siapa yang bakal menakluk saingan kali ini.
Malam ini, Pahang akan melayan kunjungan Selangor yang terkenal dengan gelaran Gergasi Merah dek kerana rekod hebat mereka sebelum ini.
PD dapat tahu yang penyokong Selangor akan bertandang ke SDM dengan kekuatan yang besar. Sama-sama kita saksikan kesudahan episod pertarungan kali ini.
Apakah Tok Gajah akan menjadi Gajah Duduk dek asakan Gergasi atau Gergasi Merah akan longlai dek amukan Tok Gajah. Kita nantikan keputusannya.
P/s: Agak-agak berapa gol akan dijaringkan malam ni? PD pilih Seri je boleh kan? Hihihi!
0 Response to "Liga Super Malaysia 2015: Pahang VS Selangor: Kemenangan Milik Siapa?"
Post a Comment